Showing posts with label anatolia. Show all posts
Showing posts with label anatolia. Show all posts
Thursday, 17 July 2014
Ciri Bahasa Turki
Tatabahasa
Tatabahasa Turki ringkas sahaja apabila sudah biasa menggunakannya. Mulanya memang nampak susah kerana susunan tatabahasanya memang berbeza dengan susunan tatabahasa Indo-Eropah. Bahasa Turki berasal dari bahasa jenis Ural-Altai.
Setengah bahasa yang katanya sama dengan bahasa Turki dari segi tatabahasa adalah bahasa Finland, bahasa Hungary, bahasa Estonia, bahasa Jepun, bahasa Korea, bahasa Mongol, bahasa Kazak, bahasa Tatar, bahasa Manchuria dan bahasa Uzbek. Jika dibandingkan dengan bahasa Inggeris, pastilah banyak perbezaannya.
- Susunan ayatnya adalah subjek + objek + kata kerja. Contoh arkadashum (kawan saya, subjek) araba (kereta, objek) aldu (beli, kata kerja).
- Tiada jantina dan tiada penanda jantina seperti bahasa Eropah lain. Tiada juga kata ganti diri berbeza bagi jantina seperti bahasa Eropah lain.
- Harmoni vokalnya itu merupakan perkara utama. Aturan berkenaan bunyi harmoni mesti dipelajari bagi sesiapa yang baru mula berjinak dengan bahasa Turki kerana ia akan memberi kesan kepada tatabahasa.
- Penggunaan imbuhan sangat meluas dalam bahasa Turki.
- Makna bagi kata sendi, kata ganti diri dan juga kala semuanya diuruskan dengan penambahan kata imbuhan. Contohnya, "Kalbimdesin" maksudnya "kau dalam hatiku".
Apabila sudah biasa dengan perbezaan dan juga asas-asas peraturan harmoni bunyi, maka keseluruhan tatabahasa bahasa Turki itu nampak mudah saja. Hampir semuanya sudah ada acuan. Ringkas saja.
Bunyian
Satu lagi yang penting adalah cara kita membaca teks. Ada satu bunyi bagi setiap huruf bahasa Turki. Setiap satu huruf itu pula selalunya nampak macam sama, tapi sebenarnya ia menjadi berbeza bila kedudukan huruf itu diletakkan. Terus saja sebut perkataan itu apabila anda sudah biasa dengan huruf bahasa Turki.
Kosa Kata
Sebaik sahaja sudah selesa dengan aturan harmoninya, cabaran lain itu adalah kosa kata. Kosa kata bahasa Turki boleh jadi mencabar juga kerana kata-kata langsung tak sama dengan bahasa Eropah lain kecuali beberapa perkataan yang memang diambil terus dari bahasa Eropah yang berjiran dengannya.
Frasa Asas
Pic: Constantin Artachino
Tegur Sapa
Merhaba Hai
Selam Salam
Nasulsunuz? Apa khabar? (sopan)
Nasulsun? Apa khabar? (tak rasmi)
Ne haber? Apa yang baru? Apa cerita?
Iyiyim teshekkürler Baik, terima kasih
Adunuz ne? Siapa nama? (sopan)
Adun ne? Siapa nama? (biasa)
Benim adun Tara Nama saya Tara
Memnun oldum Suka bertemu anda
Lütfen Sila
Teşekkür ederim Terima kasih
Bir şey değil Sama-sama
Erkekler var muh? Anak-anak ada?
Yok Tiada
Evet Ya
Hayir Tidak
Efendim Maafkan saya
Afedersiniz Minta maaf
Özür dilerim Saya minta maaf
Hoşça kalun Saya pergi dulu
Güle güle Selamat jalan
İyi Türkçe konuşamuhyorum
Saya tak reti bahasa Turki dengan baik
İngilizce biliyor musunuz?
Boleh bercakap bahasa Inggeris?
Burada İngilizce konuşan birisi var muh?
Ada sesiapa di sini boleh berbahasa Inggeris?
Dikkat! Jaga-jaga!
Günaydin Selamat pagi
İyi akşamlar Selamat petang
İyi geceler Selamat malam
İyi uykular Selamat tidur
Hoş geldiniz Selamat datang
Anlamadim Tak faham
Tuvalet nerede? Tandas di mana?
Subscribe to:
Posts (Atom)