Thursday 17 July 2014

Ciri Bahasa Turki


Tatabahasa

Tatabahasa Turki ringkas sahaja apabila sudah biasa menggunakannya. Mulanya memang nampak susah kerana susunan tatabahasanya memang berbeza dengan susunan tatabahasa Indo-Eropah. Bahasa Turki berasal dari bahasa jenis Ural-Altai.

Setengah bahasa yang katanya sama dengan bahasa Turki dari segi tatabahasa adalah bahasa Finland, bahasa Hungary, bahasa Estonia, bahasa Jepun, bahasa Korea, bahasa Mongol, bahasa Kazak, bahasa Tatar, bahasa Manchuria dan bahasa Uzbek. Jika dibandingkan dengan bahasa Inggeris, pastilah banyak perbezaannya.
  • Susunan ayatnya adalah subjek + objek + kata kerja. Contoh arkadashum (kawan saya, subjek) araba (kereta, objek) aldu (beli, kata kerja).
  • Tiada jantina dan tiada penanda jantina seperti bahasa Eropah lain. Tiada juga kata ganti diri berbeza bagi jantina seperti bahasa Eropah lain.
  • Harmoni vokalnya itu merupakan perkara utama. Aturan berkenaan bunyi harmoni mesti dipelajari bagi sesiapa yang baru mula berjinak dengan bahasa Turki kerana ia akan memberi kesan kepada tatabahasa.
  • Penggunaan imbuhan sangat meluas dalam bahasa Turki. 
  • Makna bagi kata sendi, kata ganti diri dan juga kala semuanya diuruskan dengan penambahan kata imbuhan. Contohnya, "Kalbimdesin" maksudnya "kau dalam hatiku".
Apabila sudah biasa dengan perbezaan dan juga asas-asas peraturan harmoni bunyi, maka keseluruhan tatabahasa bahasa Turki itu nampak mudah saja. Hampir semuanya sudah ada acuan. Ringkas saja.

Bunyian

Satu lagi yang penting adalah cara kita membaca teks. Ada satu bunyi bagi setiap huruf bahasa Turki. Setiap satu huruf itu pula selalunya nampak macam sama, tapi sebenarnya ia menjadi berbeza bila kedudukan huruf itu diletakkan. Terus saja sebut perkataan itu apabila anda sudah biasa dengan huruf bahasa Turki.

Kosa Kata

Sebaik sahaja sudah selesa dengan aturan harmoninya, cabaran lain itu adalah kosa kata. Kosa kata bahasa Turki boleh jadi mencabar juga kerana kata-kata langsung tak sama dengan bahasa Eropah lain kecuali beberapa perkataan yang memang diambil terus dari bahasa Eropah yang berjiran dengannya.

No comments:

Post a Comment